KPKT: Panduan bagi pembeli rumah.
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN
PANDUAN KEPADA PEMBELI
RUMAH
BEBERAPA ASPEK PENTING BAGI PEMBELI RUMAH
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila
past ikan,
·
Pemaju
Perumahan mempunyai Lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
·
Mempunyai
permit Iklan dan Jualan yang sah dan berkuatkuasa
KENALPASTI JENIS RUMAH
Surat Perjanjian Surat
Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property)
ialah 24 bulan seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres. SPJB
untuk bangunan yang dipecahbahagikan (subdivided Building) ialah 36 bulan
seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar. Pembeli adalah
dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma dari pemaju di mana di
dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk lesen, permit dan
sebagainya.
HAKMILIK
TANAH
·
Hakmilik
perseorangan, perkongsian, syarikat
·
Hakmilik
Strata
STATUS
TANAH
·
Hakmilik
Kekal selamanya
·
Pajakan
99 tahun
·
Rezab
Melayu
DAPATKAN
MAKLUMAT DARI PEMAJU PERUMAHAN
·
Brosur
projek perumahan secara percuma
·
Teliti
spesifikasi bahan pembinaan
·
Contoh
Surat Perjanjian Jual dan Beli
·
Luas
bangunan
·
Kedudukan
rumah dibina
·
Tarikh
di jangka siap
·
Keadaan
tapak berbukit, bekas lombong, paya
·
Rujukan
No. Kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
HAK
DAN KEPENTINGAN PEMBELI DALAM PERJANJIAN JUAL DAN BELI RUMAH
Perlu difahami
isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat
dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
BAYARAN
PERTAMA
Pembeli perlu
menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada
pemaju. Past ikan tarikh
bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama. Untuk makluman pemaju tidak
boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian
Jual dan Beli.
PERAKUAN
ARKITEK
Past ikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada
pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau
Jurutera Pemaju yang bertauliah.
FAEDAH
YANG DIKENAKAN
Sekiranya pembeli
atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam
tempoh 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan
dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari atas kadar 10% setahun ke
atas ansuran yang tidak berbayar.
PEMBATALAN
PERJANJIAN JUAL DAN BELI
Sila ambil
ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang
dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan
perjanjian Jual dan Beli. Pemaju endaklah menghantar Surat Berdaftar A.R.
kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.
BAYARAN
PENYELENGGARAAN PERKHIDMATAN
Pembeli hendaklah
membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pungutan sampah, pembersihan
parit-parit awam dan potongan rumput di rezab jalan mulai dari tarikh pemilikan
kosong bagi tanah dan bangunan (landed property) dan bagi bangunan yang
dipercahbahagi sehingga milik st rata
dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan (MC) ditubuhkan.
BAYARAN
CUKAI TANAH, CUKAI TAKSIRAN DAN LAIN-LAIN
Mulai dari tarikh
Perjanjian Jual dan Beli, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah,
kadaran, cukai taksiran dan caj-caj lain berkenaan dengan harta yang dibeli. Pemilikan
kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan
hendaklah diserahkan kepada
pembeli dalam
tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan
36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi)
PERMOHONAN
PERAKUAN LAYAK MENDUDUKI BANGUNAN
Semasa penyerahan
pemilikan kosong dilakukan, pemaju mest i
memohon Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CFO) daripada Pihak Berkuasa (Borang
E dalam UBBL).
MENDUDUKI
RUMAH
Pembeli hanya
boleh menduduki rumah apabila Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CFO)
dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan.
Ubahsuai rumah
hanya dibenarkan selepas mendapat CFO dan kelulusan pelan dari Pihak Berkuasa
berkenaan.
BAYARAN
GANTIRUGI
Sekiranya pemaju
gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang tepat (iaitu 24
bulan dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli atau 36 bulan bagi bangunan yang
dipecahbahagi) pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira
dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.
TUNTUTAN
GANTIRUGI DAN HAD MASA
Pembeli boleh menuntut
bayaran gantirugi daripada pemaju sebelum tamatnya tempoh 6 tahun dari tarikh
penyerahan pemilikan kosong (serah kunci / V.P) yang disebut dalam perjanjian
Jual dan Beli selaras dengan Akta Had Masa 1953.
TEMPOH
LIABILITI KECACATAN
Mulai 1 Ogos 1996
tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.
PENUBUHAN
PERBADANAN PENGURUSAN BAGI TANAH DAN BANGUNAN YANG DIPECAHBAHAGI
Satu Perbadanan
Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata yang
berasingan bagi tiaptiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.
Selain daripada
beberapa fungsi lain, Perbadanan Pengurusan adalah bertanggungjawab untuk
menginsurankan dan menyelenggara bangunan.
|
Bahagian ini
adalah satu Bahagian di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dipertanggungjawabkan
menjalankan pengawasan dan penguatkuasaan ke atas Akta Pemaju Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) (Akta 118).
Comments
Post a Comment