KPKT: Panduan bagi pembeli rumah.
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN PANDUAN KEPADA PEMBELI RUMAH BEBERAPA ASPEK PENTING BAGI PEMBELI RUMAH Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pa st ikan, · Pemaju Perumahan mempunyai Lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa · Mempunyai permit Iklan dan Jualan yang sah dan berkuatkuasa KENALPASTI JENIS RUMAH Surat Perjanjian Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) ialah 24 bulan seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (subdivided Building) ialah 36 bulan seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar. Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma dari pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk lesen, permit dan sebagainya. HAKMILIK TANAH · ...